Thursday, February 11, 2010

Pemantauan Pengurusan Panitia SM dan SR

Assalamualaikum w.b.t.
Maaf ama tak 'up-date posting', talian agak terganggu beberapa minggu ni dan agak sibuk untuk beberapa aktiviti bagi awal 2010.
Alhamdulillah, dapat berjumpa ketua-ketua panitia sekolah rendah dan menengah dan wakil dari Sjk (C) dan (T) pada 2 Februari lalu. Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama membawa dokumen yang diminta.
Saya ambil kesempatan kepada untuk mengucakan tahniah dan syabas kepada ketua panitia pendidikan Islam  SK Kayan, SK Muhammad Saman dan Panitia beberapa sekolah lain yang tak dapat saya senaraikan di sini  yang membuat inovasi serta menunjukkan kreativiti dalam menyiapkan buku persediaan mengajar. Saya harap guru GPI lain dapat menjejaki beliau.
Seperti yang telah dimaklumkan dalam perjumpaan tersebut, pemantaun awal tahun dari Sektor Pendidikan Islam pada 9 Februari yang lalu telah berjalan seperti yang dijadualkan. beberapa sekolah yang telah disenarai pendekkan telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari SPI dan PPD. Terima kasih kepada sekolah yang telah mengambil tindakan awal kerana saya dimaklumkan bahawa sekolah-sekolah yang dilawati bestatus baik dan cemerlang.
Antara perkara yang dipantau ialah
1.  pengurusan Panitia Pendidikan Islam (Sistem Fail, Jadual waktu, takwim dan program peningkatan kurikulum), Pengurusan program dakwah (Fail dakwah, Takwim dan organisasi) serta Pengurusan Persatuan (Fail)
2.  Program Kecemerlangan jQAF (bagi sekolah rendah)
3.  Program Kecemerlangan PMR dan SPM  (bagi sekolah menengah)
Bagi sekolah yang tidak dihadiri pegawai pemantau,  saya harap ketua panitia dapat mengambil tindakan melengkapkan instrumen yang dimuat turun dan hantar kepada PPD Manjung (u.p Ustazah Aminah) sebelum 17 Februari ini.
wasalam.

PPD Manjung Terus Maju

No comments:

Post a Comment