Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Unit Pendidikan Islam mengucapkan selamat memulakan tugas kepada semua warga pendidik di Daerah Manjung. Diharapkan tahun 2010 ini pencapaian dan mutu perkhidmatan kita lebih cemerlang.
Kepada semua guru Pendidikan Islam khususnya di sekolah rendah dapat memastikan program j-QAF dijayakan sepenuhnya.
Bagi sekolah menengah terutamanya KAA perancangan awal perlu dibuat bagi memastikan pencapaian PMR dan SPM 2010 lebih tinggi.
Terima kasih kepada semua yangmenyumbang kepada kejayaan aktiviti pendidikan Islam 2009.

Wednesday, December 23, 2009

MUAT TURUN PANDUAN PELAKSANAAN MODEL P&P j-QAF

Makluman kepada semua sekolah pelaksanaan j-QAF Daerah Manjung.
Muat turun Panduan Pelaksanaan Model-model Pengajaran, Pembelajaran dan Kokurikulum serta Panduan Pelaksanaan Pendidikan Islam j-QAF dan Rancangan Tahunan.
Bahan di atas boleh didapati dengan muat turun di laman web : http://www.moe.gov.my/bpk/

Tuesday, December 15, 2009

Tahniah kepada pasukan Malaysia...

Pemain Malaysia Safiq Rahim meraikan golnya semasa perlawanan bola sepak lelaki separuh akhir antara Malaysia dengan Laos di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional di sini, semalam. Dengan kemenangan bergaya ini Malaysia berpeluang menamatkan kemarau emas selama 20 tahun apabila mara ke perlawanan akhir acara bola sepak lelaki selepas menewaskan Laos 3-1 dalam perlawanan itu hari ini.
-foto BERNAMA

Friday, December 11, 2009

Bowling tertutup antara pegawai PPD Manjung

Sebagai aktiviti riadah dan mengeratkan silaturrahim antara pegawai dan staff PPD Manjung, Satu pertandingan Bowling diadakan.
Kali ni mesti strike !

gaya pro tu..

muka baru dalam bowling.. sempat posing dulu

Yeeha dapat hadiah.. jangan mare

Majlis Korban PPD Manjung



Wednesday, December 9, 2009

Pengetua Guru Besar Mungkin Diberi Kuasa Ambil atau Pecat Guru

Posted by j-qaf at Tuesday, December 8, 2009
Bookmark this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

KUALA LUMPUR, 8 Dis: Pengetua atau guru besar mungkin diberi kuasa untuk mengambil dan memecat guru di sekolah mereka pada masa depan, Dewan Rakyat diberitahu Selasa.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata perkara itu akan dipertimbangkan dalam usaha kementerian untuk merevolusikan sistem pendidikan negara.

Selain itu, kementerian turut mewujudkan ba'iah baru untuk membawa perubahan yang dapat memberi kecemerlangan kepada sekolah-sekolah.

"Sekiranya pengetua atau guru besar perform, beliau akan mendapat ganjaran... tidak semestinya dalam bentuk kenaikan pangkat atau gaji. Ganjaran itu bergantung kepada kegigihan pengetua atau guru besar berkenaan dalam melakukan perubahan di sekolah mereka.

"Kemungkinan suatu hari nanti mereka boleh lakukan hire and fire...mereka dapat menentukan siapa atau guru mana yang berdedikasi untuk membantu mereka menjadikan sekolah mereka sekolah cemerlang," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pelajaran di Parlimen.

Beliau berkata melalui revolusi sistem pendidikan itu, kementerian telah melakukan beberapa perubahan termasuk mewujudkan banyak persaingan dengan memperkenalkan sekolah berprestasi tinggi.

Mohd Puad berkata Kementerian Pelajaran juga akan mengumumkan 20 sekolah yang diberi penarafan sekolah berprestasi tinggi.

Selain itu, katanya kementerian akan melakukan rombakan kepada sistem taksiran iaitu sekolah bukan berorientasikan peperiksaan semata-mata memandangkan pendidikan merupakan sesuatu yang dinamik dan perlu disesuaikan mengikut keadaan semasa.

Beliau turut disoal Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mengenai bagaimana kerajaan mahu memartabatkan profesion perguruan sebagai profesion pilihan pertama dan bukan yang terakhir seperti yang berlaku mutakhir ini.

"Sebab itu, kita mesti berusaha menukar pemikiran guru supaya mereka melihat pendidikan sebagai perjuangan untuk memberi keadilan kepada rakyat," kata Mohd Puad.

Bagaimanapun, beliau berkata kementerian tidak akan mengubah dasar sedia ada cuma pendekatannya yang berbeza.

"Saya yakin kalau perubahan minda ini dapat dilakukan, kita akan berjaya," katanya.

Kepada soalan lain, Mohd Puad menafikan migrasi sesetengah pihak ke luar negara dalam bidang pendidikan kerana rasa tidak selesa dengan sistem pendidikan negara.

"Saya ragu dengan hujah Ipoh Timur bahawa mereka migrasi ke luar negara kerana tidak begitu selesa dengan sistem pendidikan kita...mereka ini migrasi kerana melihat kepentingan kebendaan dan disebabkan pekerjaan mereka," katanya.

Beliau juga berkata walaupun terdapat dakwaan bahawa sistem pendidikan kebangsaan gagal melahirkan pakar, ilmuan dan sebagainya, angkasawan pertama negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie adalah produk sistem itu.

"Sepatutnya kita berbangga dengan dasar pendidikan kebangsaan kita," katanya.

Sumber: Bernama

Monday, November 23, 2009


Selamat menyambut Hari Raya Idil Adha kepada seluruh Muslimin

Selamat Bercuti !



Cuti-cuti Malaysia..




tapi berhati-hati malang tak berbau!!

Selamat datang ke Daerah Manjung

Unit Pendidikan Islam Mengucapkan selamat datang kepada guru-guru Pendidikan Islam j-QAF yang berjaya dalam permohonan pertukaran ke Daerah Manjung. Pertukaran berkuatkuasa 1 Disember 2009. Semoga  tuan-puan dapat memberi komitmen sepenuhnya di Daerah Manjung.
Antara guru-guru yang berjaya adalah seperti berikut :

Friday, November 20, 2009

Permohonan Online SMKA/KAA



Makluman kpd semua permohonan SMKA/KAA dilaksanakan secara online. melalui sekolah masing-masing. Ibu bapa boleh merujuk http://www.pelajaranperak.gov.my/rkonline/ untuk memastikan atau menyemak permohonan yang telah dibuat. Berikut jadual key-in permohonan bagi seluruh daerah.  
Bagi Daerah Manjung permohonan akan dibuat oleh pihak sekolah pada 30 Nov dan 01 Dis 2009.

Jadual Key-in data sila rujuk ...

Sembahyang Sebagai Pendidikan Awal Untuk Kanak-Kanak
Tazkirah

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ
سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا
بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

Diriwayatkan daripada ‘Amr bin Syu’aib daripada ayahnya daripada datuknya katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perintahkanlah anak-anak kamu bersembahyang pada ketika berusia tujuh tahun dan pukullah kerananya ketika mereka berusia sepuluh tahun dan
asingkanlah mereka di tempat tidur.” (Abu Daud)

عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ الرَّبِيعِ بْنِ سَبْرَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرُوا الصَّبِيَّ بِالصَّلَاةِ
إِذَا بَلَغَ سَبْعَ سِنِينَ وَإِذَا بَلَغَ عَشْرَ سِنِينَ فَاضْرِبُوهُ عَلَيْهَا

Diriwayatkan daripada ‘Abdul Malik bin al-Rabi’ bin Sabrah daripada ayahnya daripada datuknya katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perintahkanlah kanak-kanak bersembahyang pada ketika berusia tujuh tahun dan pukullah kerananya ketika mereka berusia sepuluh tahun. (Abu Daud)


Dalam kedua-dua hadis ini Rasulullah s.a.w. memerintah ibu bapa atau penjaga memberi penekanan tentang pelaksanaan sembahyang di kalangan anak-anak sehingga perlu dirotan jika anak-anak cuai melaksanakannya. Kepentingan ini jelas difahami apabila dilihat kepada umur bermulanya perintah tersebut. Hadis kedua pula lebih umum merangkumi anak sendiri atau anak orang lain. Ini memberi isyarat kepada kita supaya sentiasa ada perhatian kepada kanak-kanak sama ada dari pihak ibubapa secara khusus atau orang dewasa secara umum.

Pada hakikatnya, anak-anak merupakan anugerah Allah s.w.t. kepada kita. Dalam masa yang sama, mereka juga merupakan ujian kepada kita dan juga amanah yang perlu disempurnakan. Tidak ada sesuatu yang lebih berharga yang dapat diberikan oleh ibubapa kepada anak-anak melainkan menunaikan amanah tersebut dengan memberi didikan yang sempurna dan penuh kasih sayang. Ini kerana merekalah yang akan mewarisi masa hadapan dan kepimpinan generasi akan datang.


Pencapaian UPSR Meningkat, Kata Alimuddin

PUTRAJAYA, 19 Nov: Pencapaian keseluruhan calon-calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun ini mengalami peningkatan berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini telah meningkat sebanyak 1 peratus berbanding 2008.

"Pencapaian keseluruhan nilai GPN telah meningkat sebanyak 1 peratus tahun ini. Pencapaian Cemerlang (semua A) telah meningkat kepada 9.51 peratus tahun ini berbanding dengan 9.19 peratus pada tahun lepas dengan jumlah perbezaan sebanyak 0.32 peratus.

Thursday, November 19, 2009

KEPUTUSAN UPSR KELUAR HARI NI

Hari ini 19 Nov 2009, keputusan UPSR diumumkan. Guru Besar-guru besar nampak sibuk mengambil keputusan sekolah masing-masing. Ada yang sejuk kaki tangan maklumlah ia juga menunjukkan prestasi masing-masing dalam mengurus kurikulum peringkat sekolah.
Apa pun tahniah kepada sekolah-sekolah yang mencatat peningkatan.
Kalau tak silap saya SK Convent merupakan sekolah terbaik bagi daerah Manjung mencatat 98 %++ lulus dengan 35 orang mendapat 5A. Syabas kepada semua guru yang bertungkus lumus mendidik murid-murid.
Ditulis oleh jqafskserisitiawan
18 November 2009
Photobucket

Assalammualaikum dan selamat bertemu kembali

Kem Literasi Al-Quran (KLaq) telah dilaksanakan di SK Seri Sitiawan Manjung Raya. Kem tersebut telah dilaksanakan selama 3 hari bermula dari 9 - 11 November 2009.

Seramai 12 orang murid tahun 5 yang masih kritikal dalam bacaan Al-Quran (iqra' 3 -4) dan 5 orang Fassilitator terlibat dalam perlaksanaan kem tersebut.

Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia yang diwakili oleh Puan Norhayati bersama dengan Pegawai dari JPN Perak (Tuan Hj Ahmad Lutfi & Ustaz Muhammad bin Yahya)dan Pegawai PPD Manjung (ustaz Mohd Amini Md Ali)telah memantau perjalanan kem ini.

jqafskserisitiawan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Gambar2 semasa perlaksanaan kem boleh dilihat di http://jqafskserisitiawan.blogspot.com/

Wednesday, November 18, 2009

SELAMAT BERJUANG !

Kepada semua pelajar Tingkatan 5 Sekolah-sekolah Menengah Daerah Manjung Selamat berjuang dalam peperiksaan SPM. Saya doakan semoga semua berjaya. Aamiiin..

Kem Literasi al-Quran SK Seri Sitiawan

edit dari blog j-qaf SK Seri Sitiawan
Kem Literasi Al-Quran (KLaq) telah dilaksanakan di SK Seri Sitiawan Manjung Raya. Kem tersebut telah dilaksanakan selama 3 hari bermula dari 9 - 11 November 2009.

Seramai 12 orang murid tahun 5 yang masih kritikal dalam bacaan Al-Quran (iqra' 3 -4) dan 5 orang Fassilitator terlibat dalam perlaksanaan kem tersebut.

Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia yang diwakili oleh Puan Norhayati bersama dengan Pegawai dari JPN Perak (Tuan Hj Ahmad Lutfi & Ustaz Muhammad bin Yahya)dan Pegawai PPD Manjung (ustaz Mohd Amini Md Ali)telah memantau perjalanan kem ini.

Tuesday, November 17, 2009

Anugerah Gemilang Ko Akademik

Majlis yang dijalankan bagi penghargaan kepada semua pihak yang berjaya meningkatkan nama Manjung di peringkat negeri atau Kebangsaan.
Gambar 
Us Shamsul terima sijil atas kejayaan dalam memimpin pasukan nasyid SK Seri Sitiawan (Daerah Manjung) ke Peringkat Kebangsaan..



Thursday, November 12, 2009

Terkini-Data Online

3. buah SK masih belum menyemprnakan Data masing-masing.
1. SK Lumut
2. SK Methodist ACS Ayer Tawar
3. SK Gangga.
Harap maklum

Wednesday, November 11, 2009

Lap Top Us. Nazmi Down! gara-gara proses data e-laporan..

10-12 November 2009. Data e-laporan daerah dikumpul dan proses menggabungkan di peringkat JPN.
Pening, apabila banyak error dan ralat dalam data Manjung.

Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian..
a. Masih terdapat sekolah yang tidak berhati-hati ketika memasukkan data.
b. Tidak mengikut arahan dengan betul menyebabkan terdapat banyak ralat.
c. Terdapat guru yang memasukkan data secara tergesa-gesa atau cuai. Cukup Membebankan kami (us Nazmi)

Sebagai pegawai yang bertanggungjawab kami amat kesal dengan sikap sesetengah guru data j-QAF berulangkali melakukan kesilapan yang sama...Mohon perubahan untuk kepentingan bersama!

Apapun Terima kasih kepada semua yang mengambil tindakan. Terima kasih kepada Us. Nazmi yang membantu menyelaraskan Data Daerah Manjung.

Tuesday, November 10, 2009

Data GPI online terkini!

SMK Ahmad Boestamam dan selesai masukkan data. terima kasih. SK Beruas data guru belum masuk keseluruhannya.
Terima kasih sekolah yang telah mengambil tindakan

Maklumat Guru Online!

Mohon tindakan segera sekolah2 berikut :
1. SK Beruas   2. SK Lumut    3. SK Pantai Remis    4. SK Gugusan Lekir  5. SK Meth ACS Ayer Tawar   6. SK Gangga  7. SK Sungai Wangi

Abaikan maklumat ini sekiranya anda telah melaksana kannya

Monday, November 9, 2009

Analisis Keputusan Sijil Pendidikan Islam Tahun 6 Daerah Manjung


          Keputusan Peperiksaan Sijil Agama Tahun 6 telah dikeluarkan dan murid-murid elah menerima sijil masing-masing. Alhamdulillah Daerah manjug mencapai keputusan peratus lulus yang tinggi iaitu 98.2 % bagi peperiksaan bertulis Pendidikan Islam. Walaubagai manapun peratus pencapaian A merosot 3.02 %. Mata pelajaran Jawi menunjukkan peningkatan peratus lulus.


Friday, November 6, 2009

Ihtifal j-QAF Derah Manjung

Selamat Berjaya kepada semua yang layak ke Peringkat Daerah.
Majlis Perasmian Penutup akan disempurnakan oleh Tuan PPD. En Muhd Soud bin Mat Thani.
Terima kasih kepada Guru Besar dan seluruh warga SK Seri Manjung kerana menjadi tuan rumah.

Tahniah kepada yang berjaya!
dan cuba lagi bagi yang tidak bernasib baik pada tahun ini.
 Johan Kalam Jamaie - SK Beruas (juara baru!)
Johan Tilawah lelaki - SK KDSK
Johan Tilawah Perempuan - SK Seri Manjung
Johan Kuiz - SK Pangkalan TLDM

Data e Laporan j-QAF Oktober

Terima kasih kepada semua yang mengambil tindakan. Terima kasih kepada Us. Nazmi yang membantu menyelaraskan Data.
Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian..
a. Masih terdapat sekolah yang tidak berhati-hati ketika memasukkan data.
b. Tidak mengikut arahan dengan betul menyebabkan terdapat banyak ralat.
c. Terdapat guru yang memasukkan data secara tergesa-gesa atau cuai. Membebankan JU (us Nazmi)

Sebagai pegawai yang bertanggungjawab kami mat kesal dengan sikap sesetengah guru data j-QAF berulangkali melakukan kesilapan yang sama...Mohon perubahan untuk kepentingan bersama!

Monday, November 2, 2009

Majlis Anugerah KAA

Alhamdulillah, Majlis Anugerah Kecemerlangan KAA peringkat negeri telah berlangsung dengan jayanya.
Majlis yang diadakan di Hotel SSL Traders, Kamunting telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Radzi b. Abd Jabar, Pengarah Pelajaran Perak. 13 kategori anugerah telah disampaikan melibatkan 56 penerima.
Majlis bermula pukul 10.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.
Tahniah kepada semua penerima anugerah! Bagi daerah Manjung satu kategori telah dimenangi iaitu sekolah KAA luar bandar terbaik (PMR 2008) iaitu SMK Raja Shahriman. Semoga memberi peransang dan dorongan kepada semua sekolah KAA untuk meningkatkan pencapaian akan datang.
Tuan Pengarah juga memaklumkan bahawa sebuah sekolah KAA sepenuhnya sedang diusahakan dan menunggu kelulusan iaitu SMK Simpang Beluru.
Pelajar-pelajar SMK Doktor Burhanuddin mempersembahkan Kalam Jamaie dalam majlis tersebut.
SMK Sultan Yussuf dinobatkan sebagai sekolah KAA terbaik keseluruhannya. Tahniah kepada warga SMK Sutan Yussuf.

Friday, October 30, 2009

E-laporan jQAF

TAKLIMAT  PENYEDIAAN DAN PENGUMPULAN  PELAPORAN PENCAPAIAN  j-QAF BULAN OKTOBER  2009


Dengan hormatnya  perkara di atas adalah dirujuk.


2.         Sukacita dimaklumkan bahawa,  Pelaporan pencapaian j-QAF bagi bulan Oktober 2009 sedang dikumpulkan.


3.         Sehubungan dengan perkara tersebut, penyelaraskan penyediaan data tersebut bagi daerah Manjung akan diadakan seperti jadual berikut :
            Tarikh  :   3 November  2009 (Zon Beruas Pantai Remis dan Ayer Tawar)
                           4 November 2009 (Zon Sitiawan dan Lumut Pangkor)
            Masa    :   8.30 pagi – 12.00 Tengahari
            Tempat :   PKG Sitiawan (PPD Manjung)
                         
4.                   Sehubungan dengan itu, Tuan adalah dipohon untuk membenarkan seorang guru Pendidikan Islam (j-QAF) 2005-2007 / Guru Pembimbing j-QAF 2008 dan 2009 / GPI (sekolah bukan j-QAF)  hadir ke taklimat  tersebut. sebarang pertanyaan sila hubungi En. Ahmad Nazmi bin Md Tajuri  melalui talian  0124362433.


Kerjasama  daripada pihak tuan  sangat kami hargai.


Sekian, terima kasih.
**  Sila bawa bersama tuan/puan :
  1. Komputer riba serta floppy A
  2. Disket mengikut bilangan kelas
  3. Format Laporan
  4. wayar sambungan
  5. Data yang berkaitan


Antara Lobak, Telur dan Kopi, Siapa kita?

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.
Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir. Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api.

Wednesday, October 28, 2009

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kelas Aliran Agama

Majlis Anugerah Kecemerlangan KAA akan diadakan pada  02 November 2009
di Hotel SSL Traders, Kamunting.
Semua Pengetua dan Penyelaras Sekolah KAA sebanyak 53 buah sekolah di negeri Perak dijemput hadir.
13 anugerah akan diberikan kepada penerima seramai 56 penerima. Antara anugerah ialah pencapaian PMR dan SPM 2008 dan anugerah guru KAA terbaik.

Diharapkan dengan penganjuran anugerah ini dapat meningkatkan prestasi KAA seluruh negeri.

Thursday, October 22, 2009

Data Pendidikan Islam Online

Terkini Data Guru telah mula dibuka untuk key-In data oleh seluruh guru Pendidikan Islam. Terima kasih kepada sekolah yang telah mengambil tandakan awal.

Makluman kepada semua guru pendidikan Islam (guru data/ICT)

Pengumpulan Data Kelas dan Guru Pendidikan Islam akan dilakukan pada 2 November - 15 November 2009. Maklumat yang akan dimasukkan hendaklah berdasarkan data terkini (31 Oktober)

1. Sistem online ini sama dengan sistem pemarkahan sijil Agama Islam Tahun 6 menggunakan User Name dan kata laluan yang sama.
2. Layari laman http://www.pelajaranperak.gov.my/spi_online/

Tindakan dari tuan-puan amat perlu bagi urusan penempatan guru tahun hadapan.

Wednesday, October 21, 2009

Hukum Kongsi Raya - Mahasiswa Malaysia

Aura ‘Idulfitri masih lagi dapat dirasakan dalam bulan Syawal 1430H ini. Sudah menjadi kebiasaan di Malaysia di mana ‘rumah terbuka’ menjadi salah satu acara yang mewarnai kemeriahan Syawal, dari awal bulan sampailah ke penghujungnya. Apa yang menjadikan Syawal ‘luar biasa’ di Malaysia ini adalah fenomena yang muncul semenjak terjadinya tarikh perayaan serentak tiga kaum yang terbesar di negara ini. Akibat tindakan sang pemimpin, maka muncullah konsep kongsiraya yang tak pernah dikenal oleh umat Islam sebelum ini. Istilah gongxiraya dan deeparaya menjadi buah tutur masyarakat. Konsep ‘rumah terbuka Malaysia’ diperkenalkan secara besar-besaran di mana setiap kaum diseru meraikan perayaan bersama-sama.


Tuesday, October 20, 2009

Ihtifal j-QAF

Sebagai makluman awal kepada semua SK j-QAF yang layak ke peringkat Daerah Ihtifal j-QAF 2009. Ihtifal j-QAF Daerah Manjung akan dilaksanakan pada 7 November 2009.
Bagi Yang Layak sila bersiap sedia. TK

Peperiksaan Pendidikan Islam Tahun 6

Terima kasih kepada semua guru Pendidikan Islam Tahun Enam kerana dapat 'key-in' markah peperiksaan Pendidikan Islam mengikut jadual yang ditetapkan.

Wednesday, October 14, 2009

Kursus Bahasa Arab Tahun 3

Kursus ini melibatkan semua SK yang mempunyai kelas Bahasa Arab Tahun 3 di Tahun 2010. Seorang guru Bahasa Arab sekolah pelaksanaan j-QAF tahun 2005 - 2008 terlibat dengan kursus ini. Kursus ini akan dilaksanakan di peringkat daerah seperti berikut:
DAERAH
TARIKH
PESERTA
TEMPAT
Batang Padang
21 OKT
41
Pusat Kokurikulum
Hilir Perak
22 OKT
51
PPD
Hulu Perak
28 OKT
36
SK ADIKA RAJA
Kerian
20 OKT
43
PPD
Kinta Utara
4 NOV
54
PPD
Kinta Selatan
28 OKT
27
SK TIWA
Kuala Kangsar
28 OKT
51
PPD
Larut/Matang/Selama
22 OKT
65
Dewan Arif Budiman
Manjung
22 OKT
35
SK Seri Bayu
Perak Tengah
19 OKT
39
PPD
Terakhir dikemaskini pada Selasa, 13 Oktober 2009 06:20

Peperiksaan Pendidikan Islam Tahun 6

Sekarang ni guru pendidikan Islam tahun 6 seluruh negeri Perak sedang sibuk memasukkan data atau markah secara online. Diharap guru-guru pendidikan Islam daerah Manjung dapat menyelesaikannya awal agar tiada maslah timbul. Dimaklumkan markah tahun enam ini perlu dimasukkan sebelum 19 Oktober 2009. Kegagalan memasukkan markah ini akan menyebabkan sijil tidak dapat dikeluarkan dan murid tidak dapat memohon SMKA bagi kemasukan tahun hadapan.

Apapun terima kasih kepada sekolah yang telah memasukkan markah ini.

Saturday, October 10, 2009

mula bangun


rebah dan jatuh.. bersama rakan berkursus untuk membangunkan blog.

En. Saad penyelaras kursus. Cukup tekun membina blog..

Menyertai dunia bogger!

Alhamdulillah, hari ini sedang try bina blog sendiri. mudah-mudahan mendapat panduan dan bimbingan.

Buah Cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Hamba insan yang mahu belajar
Kalau salah tolong tunjukkan