Thursday, February 25, 2010

Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) daerah Manjung

Al-hamdulillah, Sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek untuk pemantauan awal 2010 ini telah di lawati pemantau dari Sektor Pendidikan Islam dan pegawai dari PPD.

Terima kasih kepada sekolah yang telah membuat persiapan yang sewajarnya dan diminta sekolah yang mendapat teguran dapat membuat penambahbaikan dengan kadar segera agar tiada teguran berulang.

JK Induk MTQ daerah bagi sekolah rendah telah bermesyuarat pada 19 Februari yang lalu. Insya Allah MTQ daerah akan dilaksanakan mengikut format pentandingan seperti tahun lepas di mana acara saringan akan dijalankan pada 23 dan 24 Mac di PPD Manjung dan acara akhir (daerah) akan di adakan pada 1 April 2010 juga bertempat di PPD Manjung. Beberapa perubahan akan dibuat sebagai langkah penjimatan.

update 
Bagi sekolah menengah daerah Manjung, tiada acara rasmi MTQ diadakan, sebagaimana dipersetujui dlm mesyuarat Panitia baru-baru ini, sekolah2 yang mempunyai calon yang berbakat akan dipanggil untuk sesi saringan uji bakat. Pelajar yang layak akan dipilih mewakili daerah.

Surat panggilan akan diedarkan.. cuma diharapkan sekolah dapat bersedia dengan peserta. Harap Maklum.

No comments:

Post a Comment