Wednesday, February 3, 2010

Bengkel Soalan Jawi/Pendidikan Islam Tahun 1-5

SK Seri Bayu, 2 - 4 Februari 2010.  Seramai 40 orang guru pendidikan Islam sedang berkampung di Dewan Samudera, SK Seri Bayu untuk menggubal soalan untuk PKSR 1 dan 2 matapelajaran Pendidikan Islam dan Jawi 2010 bagi daerah Manjung.
Untuk makluman Panitia Pendidikan Islam sekolah-sekolah daerah Manjung, Bagi tahun 2010 soalan selaras peperiksaan pertengahan tahun peringkat daerah Manjung hanya bagi Mata Pelajaran jawi tahun 1 hingga 6. manakala matapelajaran Pendidikan Islam hanya bagi tahun 6 sahaja. Bagi PKSR 2 / peperiksaan akhir tahun pendidikan Islam dan Jawi, soalan selaras bagi tahun 1-5.
Insyaallah tahun ini akan diadakan peperiksaan percubaan Pendidikan Islam dan Jawi bagi tahun 6. Sekolah perlu sediakan soalan bagi peperiksaan Pendidikan Islam PKSR 1, tahun 1-5  .
Bagi Bahasa Arab (j-QAF) peperiksaan akhir tahun, soalan selaras hanya bagi tahap 1 (tahun 1-3). Untuk Makluman guru BA sekolah yang terlibat, Bahasa Arab Tahun 1-3 ada dua bahagian (kertas). 30% dari Kertas 1 - penilaian secara lisan diambil dari ujian bulanan (ULBS) dan 70% dari kertas 2 - ujian bertulis.
Makluman yang lebih terperinci akan dimaklumkan kemudian.

No comments:

Post a Comment