Al-hamdulillah, Sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek untuk pemantauan awal 2010 ini telah di lawati pemantau dari Sektor Pendidikan Islam dan pegawai dari PPD.
Terima kasih kepada sekolah yang telah membuat persiapan yang sewajarnya dan diminta sekolah yang mendapat teguran dapat membuat penambahbaikan dengan kadar segera agar tiada teguran berulang.
JK Induk MTQ daerah bagi sekolah rendah telah bermesyuarat pada 19 Februari yang lalu. Insya Allah MTQ daerah akan dilaksanakan mengikut format pentandingan seperti tahun lepas di mana acara saringan akan dijalankan pada 23 dan 24 Mac di PPD Manjung dan acara akhir (daerah) akan di adakan pada 1 April 2010 juga bertempat di PPD Manjung. Beberapa perubahan akan dibuat sebagai langkah penjimatan.
update
Bagi sekolah menengah daerah Manjung, tiada acara rasmi MTQ diadakan, sebagaimana dipersetujui dlm mesyuarat Panitia baru-baru ini, sekolah2 yang mempunyai calon yang berbakat akan dipanggil untuk sesi saringan uji bakat. Pelajar yang layak akan dipilih mewakili daerah.
Surat panggilan akan diedarkan.. cuma diharapkan sekolah dapat bersedia dengan peserta. Harap Maklum.
Thursday, February 25, 2010
Thursday, February 11, 2010
Pemantauan Pengurusan Panitia SM dan SR
Assalamualaikum w.b.t.
Maaf ama tak 'up-date posting', talian agak terganggu beberapa minggu ni dan agak sibuk untuk beberapa aktiviti bagi awal 2010.
Alhamdulillah, dapat berjumpa ketua-ketua panitia sekolah rendah dan menengah dan wakil dari Sjk (C) dan (T) pada 2 Februari lalu. Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama membawa dokumen yang diminta.
Saya ambil kesempatan kepada untuk mengucakan tahniah dan syabas kepada ketua panitia pendidikan Islam SK Kayan, SK Muhammad Saman dan Panitia beberapa sekolah lain yang tak dapat saya senaraikan di sini yang membuat inovasi serta menunjukkan kreativiti dalam menyiapkan buku persediaan mengajar. Saya harap guru GPI lain dapat menjejaki beliau.
Seperti yang telah dimaklumkan dalam perjumpaan tersebut, pemantaun awal tahun dari Sektor Pendidikan Islam pada 9 Februari yang lalu telah berjalan seperti yang dijadualkan. beberapa sekolah yang telah disenarai pendekkan telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari SPI dan PPD. Terima kasih kepada sekolah yang telah mengambil tindakan awal kerana saya dimaklumkan bahawa sekolah-sekolah yang dilawati bestatus baik dan cemerlang.
Antara perkara yang dipantau ialah
1. pengurusan Panitia Pendidikan Islam (Sistem Fail, Jadual waktu, takwim dan program peningkatan kurikulum), Pengurusan program dakwah (Fail dakwah, Takwim dan organisasi) serta Pengurusan Persatuan (Fail)
2. Program Kecemerlangan jQAF (bagi sekolah rendah)
3. Program Kecemerlangan PMR dan SPM (bagi sekolah menengah)
Bagi sekolah yang tidak dihadiri pegawai pemantau, saya harap ketua panitia dapat mengambil tindakan melengkapkan instrumen yang dimuat turun dan hantar kepada PPD Manjung (u.p Ustazah Aminah) sebelum 17 Februari ini.
wasalam.
PPD Manjung Terus Maju

Wednesday, February 3, 2010
Bengkel Soalan Jawi/Pendidikan Islam Tahun 1-5
SK Seri Bayu, 2 - 4 Februari 2010. Seramai 40 orang guru pendidikan Islam sedang berkampung di Dewan Samudera, SK Seri Bayu untuk menggubal soalan untuk PKSR 1 dan 2 matapelajaran Pendidikan Islam dan Jawi 2010 bagi daerah Manjung.
Untuk makluman Panitia Pendidikan Islam sekolah-sekolah daerah Manjung, Bagi tahun 2010 soalan selaras peperiksaan pertengahan tahun peringkat daerah Manjung hanya bagi Mata Pelajaran jawi tahun 1 hingga 6. manakala matapelajaran Pendidikan Islam hanya bagi tahun 6 sahaja. Bagi PKSR 2 / peperiksaan akhir tahun pendidikan Islam dan Jawi, soalan selaras bagi tahun 1-5.
Insyaallah tahun ini akan diadakan peperiksaan percubaan Pendidikan Islam dan Jawi bagi tahun 6. Sekolah perlu sediakan soalan bagi peperiksaan Pendidikan Islam PKSR 1, tahun 1-5 .
Bagi Bahasa Arab (j-QAF) peperiksaan akhir tahun, soalan selaras hanya bagi tahap 1 (tahun 1-3). Untuk Makluman guru BA sekolah yang terlibat, Bahasa Arab Tahun 1-3 ada dua bahagian (kertas). 30% dari Kertas 1 - penilaian secara lisan diambil dari ujian bulanan (ULBS) dan 70% dari kertas 2 - ujian bertulis.
Makluman yang lebih terperinci akan dimaklumkan kemudian.

Subscribe to:
Posts (Atom)