12 Julai 2010, Dewan Samudera SK Seri Bayu : Dua program telah di anjurkan bagi meningkatkan kauliti guru Pendidikan Islam dan j-QAF dan menyemarakkan sambutan Hari Kebesaran Israk dan Mikraj telah berlangsung dengan jayanya.
Program bermula seawal jam 8.30 pagi dengan ucapan dari Puan Aminah, Penyelia Pendidikan Islam dan Ustaz Salleh bin Hj Muruni, Penyelia Kanan Pendidikan Islam daerah Manjung.
Program diteruskan dengan Diskusi Profesionalisme khususnya pelaksanaan program j-QAF di sekolah. Unit Pendidikan Islam Daerah Manjung mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang memberi kerjasama menjayakan diskusi tersebut yang dapat menyelesaikan beberapa isu pelaksanaan j-QAF di sekolah.
Majlis diteruskan dengan pelancaran bulan Solat pada pukul 11.00 pagi dengan kehadiran semua guru besar. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah, En. Suhaimi bin Ramli yang mewakili Tuan PPD.
Sebagai gimik pelancaran Bulan Solat, Guru Besar menerima CD tentatif serta objektif program untuk dilaksanakan diperingkat sekolah masing-masing.
Majlis berakhir pada pukul 12.30 tengahari dengan jamuan makan tengahari.
Tahniah. Usaha untuk melahirkan insan suka Solat adalah satu usaha murni semoga usaha ini sentiasa diberkati.
ReplyDelete