Tuesday, May 4, 2010

ETIKA BERPAKAIAN SEMASA BEKERJA

ETIKA PAKAIAN LELAKI

1.1 Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan 1 (iaitu kumpulan A dan B) dibenarkan untuk memakai lounge suit atau bush-jacket atau baju kemeja bertali leher dan berseluar panjang yang sesuai warnanya. Baju kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam bahagian seluar pada paras pinggang dan lengan panjang hendaklah jangan dilipat lengannya.

1.2 Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan Sokongan II (iaitu Kumpulan C dan D) dibenarkan memakai baju kemeja dengan seluar panjang yang sesuai warnanya. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam bahagian seluar pada paras pinggang dan baju kemeja lengan panjang hendaklah jangan dilipat lengannya. Pegawai yang bertugas di kaunter dikehendaki memakai baju kemeja dengan seluar panjang yang sesuai serta bertali leher.

1.3 Pada hari Jumaat dan hari-hari kebesaran agama Islam, kakitangan yang beragama Islam digalakkan memakai baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok (bukan jenis ketayap) atau baju Melayu yang seumpama bentuknya, berseluar panjang dan bersongkok. Baju Melayu yang dipadankan dengan kain sarong atau seumpamanya tidak dibenarkan.

1.4 Kasut hendaklah dari jenis kulit atau yang sejenis dengannya. Selipar,kasut sukan dan kasut getah tidak boleh dipakai semasa waktu bekerja.

1.5 Jeans, kemeja T sama ada berkolar atau tidak dan seluar pendek tidak dibenarkan dipakai semasa waktu bekerja.

ETIKA PAKAIAN PEREMPUAN

2.1 Baju kurung atau baju kurung moden atau kebaya labuh, atau kebarung atau jubah atau pakaian etnik masing-masing yang sesuai, kemas dan tidak menjolok mata.

2.2 Baju mestilah berlengan dan tidak sendat/ ketat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan.

2.3 Selipar dan kasut sukan tidak dibenarkan dalam waktu pejabat.


BAJU BATIK

Semua kakitangan digalakkan memakai baju batik pada setiap hari Khamis.

No comments:

Post a Comment