Wednesday, March 31, 2010

Panduan Pelaksanaan Program

PROGRAM KANZUL MUFRADAT
            - Membantu pelajar menguasai perbendaharaan kata B. Arab.
            - Dilaksanakan sepanjang masa dari bulan Januari - Ogos.
            - Semua Pelajar dibekalkan dengan bahan / buku Kanzul Mufradat.

PROGRAM SMART JAWI
            - Membantu pelajar menguasai Penulisan Jawi dan B. Arab.
            - Pelajar Tingkatan 1 terlibat.
            - Dibekalkan buku Smart Jawi setiap seorang.
            - Dilaksanakan Bengkel Penulisan Jawi selama sehari.
            - Mula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

LATIH TUBI SOALAN BAHASA ARAB
            - Menyediakan 9 set soalan mengikut topik.
            - Semua Pelajar Tingkatan 3 dan 5 terlibat.
            - Dilaksanakan setiap bulan bermula bulan Februari.
            - Pencapaian pelajar akan dipantau dari bulan ke bulan.
            - Tindakan susulan akan dilaksanakan melalui program ‘ I see you ’.
            - Dilaksanakan pada waktu P & P Bahasa Arab.

Soalan Selaras Bahasa Arab Pertengahan, Akhir Tahun dan 
Percubaan
- Menyediakan set soalan Bahasa Arab Pertengahan, Akhir Tahun dan   
  Percubaan PMR / SPM.
- Semua Pelajar Tingkatan 3 dan 5 terlibat.
- Dilaksanakan pada bulan April/Jun/Ogos.
- Pencapaian pelajar akan direkod dan tindakan susulan akan  
  dilaksanakan melalui Program Kepung / Pecutan Akhir.
- Dilaksanakan mengikut format peperiksaan sebenar.

Mukhayyam Bahasa Arab
            - Semua Pelajar Tingkatan 3 teribat.
            - Pelajar didedahkan dengan Penggunaan Bahasa Arab.
            - Pelajar didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang menarik.
            - Memupuk minat murid terhadap Bahasa Arab.
            - Dilaksanakan sehari ( Sabtu ) mulai jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

Tahbibullughah
            - Semua pelajar Tingkatan 1 & 4 terlibat.
            - Program dilaksanakan untuk memupuk minat pelajar dalam B. Arab.
            - Pelajar didedahkan dengan aktiviti-aktiviti menarik.
            - Dilaksanakan sehari ( Sabtu ) mulai jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

Kursus Kecemerlangan PMR & spm
            - Semua pelajar Tingkatan 3 dan 5 terlibat.
            - Pelajar diberikan motivasi untuk berjaya dengan cemerlang dalam PMR.
            - Pelajar didedahkan dengan pelbagai jenis cara pembelajaran
              cemerlang.



Teknik Menjawab PMR
            - Semua pelajar Tingkatan 3 terlibat.
            - Pelajar didedahkan dengan teknik menjawab soalan bagi semua mata
  pelajaran.
- Guru Cemerlang / Pemeriksa Kertas akan memberi ceramah.
- Dilaksanakan selama 3 hari mulai jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Teknik Menjawab SPM
            - Semua pelajar Tingkatan 5 terlibat.
            - Pelajar didedahkan dengan teknik menjawab soalan bagi semua mata
  pelajaran.
- Guru cemerlang / Pemeriksa Kertas akan memberi ceramah.
- Dilaksanakan selama 3 hari mulai jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Skor A PMR / SPM
            - Pelajar yang berpotensi memperolehi 9 A terlibat.
- Program Kepung dan Pecutan Akhir dilaksanakan berdasarkan
  pencapaian pelajar.
            - Dilaksanakan mengikut semua mata pelajaran.
            - Dilaksanakan 2 hari mulai 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Penutup .
Diharapkan pelaksanaan Aktiviti Kecemerlangan Kelas KAA ini dapat dijalankan dengan sempurna dan berkesan ke arah pencapaian PMR & SPM yang unggul setiap tahun peperiksaan.

Cadangan Program Peningkatan KAA 2010

BIL PROGRAM DAERAH TARIKH
1 SKOR A / KECEMERLANGAN SETIAP DAERAH 16-18 JUL 2010
2 PROGRAM HALUS SETIAP DAERAH 2-4 JUL 2010
3 BENGKEL PROGRAM HALUS / SKOR A SPI 13-15 APRIL 2010
4 LATIH TUBI MENGIKUT BUKU TEKS SEKOLAH APRIL - SEPT
5 KANZUL MUFRADAT SEKOLAH APRIL - SEPT
6 MUKHAYYAM BAHASA ARAB SEKOLAH APRIL - SEPT
7 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SEKOLAH TENGAH MEI
8 TEKNIK MENJAWAB SOALAN SEKOLAH APRIL - SEPT
9 TEKNIK MEMERIKSA KERTAS SETIAP DAERAH APRIL - SEPT 

Friday, March 26, 2010

Tahniah SK Seri Sitiawan !

25 Mac 2010, Dewan Seri Angkasa, May Bank Trust, Satu majlis diadakan bagi pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang cemerlang dalam pelaksanaan program j-QAF. Sekolah tersebut juga diistiharkan sebagai sekolah penanda aras 'Banch-mark' bagi daerah masing-masing. Penilaian diambil berdasarkan pencapaian j-QAF 2009, pengurusan j-QAF dan sumbangan Guru Besar dan pengurusan sekolah kepada peningkatan j-QAF. Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Yang Berbahagian Tn. Hj. Radzi b. Abdul Jabar, Tuan Pengarah Pelajaran Perak.
Pn. Hjh Hamida bt Isa
Guru Besar SK Seri Sitiawan

Bagi daerah Manjung, SK Seri Sitiawan telah diistiharkan sebagai sekolah j-QAF Cemerlang. Saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Guru Besar, semua GPI dan seluruh warga SK Seri Sitiawan diatas kecemerlangan tersebut. Diharap terus merancang dan meningkatkan aktiviti j-QAF dan prestasi murid. Saya juga mengharapkan segala yang diusahakan dapat dikongsi bersama dengan sekolah-sekolah lain.

j-QAF Tanpa Gagal

Wednesday, March 24, 2010

MTQSS Daerah Manjung - Saringan

22 dan 23 Mac 2010 - Panitia Pendidikan Islam SR telah berjaya menganjurkan MTQSS Peringkat Daerah Manjung - Saringan, bertempat di dewan Bestari PPD Manjung dan SK Seri Selamat (Terima kasih kepada GB SK Seri Selamat, GPI serta seluruh warga SKSS yang memberi kerjasama menjayakan MTQSS), 41 buah SK telah mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan iaitu Tilawah al-Quran, Hafazan dan Bercerita Kisah-kisah dari al-Quran.

Semua acara tamat lebih kurang pada jam 12 tengahari 23 Mac 2010 yang melibatkan lebih kurang 200 orang murid.

Terima kasih kepada guru-guru yang menerima pelantikan sebagai hakim (fisabilillah) dan semua guru pengiring walaupun terpaksa keluar duit poket sendiri. Sumbangan semua diharap menjadi pendorong kepada semua GPI untuk terus menyumbang untuk perkembangan dakwah Islam.

Insya Allah keputusan sudah dibuat, seramai lima orang akan dipanggil dari setiap kategori yang dipertandingkan ke acara akhir pada 1 April ditempat yang sama.Kalau sempat akan saya pamirkan di blog ini esok.

Tahniah kepada murid yang berjaya ke akhir.

Terkini

Senarai sekolah yang berjaya ke Peringkat Akhir MTQSS Daerah Manjung Pada 1 April 2010

Tilawah al-Quran (L)                                  Tilawah  (P)
1. SK Kampung Kota                                1.  SK Kampong Kota
2. SK Lekir                                                 2.  SK Pang. TLDM
3. SK Muhammad Saman                        3.  SK Pang. TLDM II
4. SK Nakhoda Muhammad Taib            4.  SK Segari
5. SK Seri Manjung                                   5.  SK Seri Manjung

Hafazan (L)                                                 Hafazan (P)
1. SK Gangga                                            1.  SK Lekir
2. SK Pgkln. Baharu                                  2.  SK Pang. TLDM
3. SK Seri Bayu                                         3.  SK Seri Manjung
4. SK Sg. Wangi                                        4.  SK Sg Wangi
5. SK Telaga Nenas                                  5.  SK Simpang Empat

Cerita (L)                                                    Cerita (P)
1. SK Lekir                                                 1.  SK Convent
2. SK Seri Bayu                                         2.  SK Pang. TLDM
3. SK Seri Manjung                                    3. SK Seri Manjung
4. SK Seri Selamat                                    4. SK Seri Selamat
5. SK Sg Tiram                                           5. SK Seri Sitiawan

**  Keputusan hakim adalah muktamad

Monday, March 15, 2010

Selamat Bercuti

Selamat kepada semua warga guru dan pelajar
bagi pelajar yang akan meduduki peperiksaan tahun ini gunakan masa yang terluang ini untuk mengulangkaji pelajaran...

Sekali sekala bawa keluarga pi zoo pun ok juga..

Friday, March 12, 2010

Tahniah di atas kenaikan Pangkat !

Tahniah kepada pegawai di PPD Manjung dan GPI yang baru mendapat pelantikan kenaikan pangkat :

1.  En. Anwr b. Mohd Irfan - Pegawai Khas Akademik  yang dilantik sebagai Guru Besar  di SK Pahit - Pengkalan Hulu memangku Gred DG 34
2.  Ustaz Mohd Radzi bin Hj Mohd Wazir - GPI SK Seri Manjung yang dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SK Sg Batu Gred DG 32
3.  Ustazah Aini Saadah - SK Seri Selamat yang dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di salah sebuah SK di Perak Tengah Gred DG 32

Semoga dapat meneruskan tugas dengan penuh dedikasi. Terima kasih di atas sumbangan kepada Unit Pendidikan Islam  PPD Manjung.

Thursday, March 11, 2010

Keputusan SPM keluar hari ini

Tahniah kepada pelajar yang berjaya.

update

Tahniah kepada ;


1. SMK Convent - Pencapaian Sekolah terbaik Daerah Manjung
2. SABK Maahad Islahiah Ad-Diniah - Pencapaian Tertinggi Murid Lulus Semua Matapelajaran 23/28.
3. Pelajar terbaik Kebangsaan (tak rasmi) - 15 A+ SMK Methodist ACS, Sitiawan
4. Semua guru yang telah menabur bakti dengan cemerlang sepanjang 2009

Syeikh Al-Azhar Meninggal Dunia - al-Fatihah

Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.

Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh - ibu negara Arab Saudi - selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera.

Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar - pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.

Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.

Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

"Ahli keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam," katanya

Wednesday, March 10, 2010

Portal PPD Manjung Berwajah Baru

Tahniah kepada Unit ICT ppd Manjung kerana berjaya melancarkan Portal PPD Manjung berwajah baru yang lebih menarik dan mesra pengguna.
Sila layari disini

Tuesday, March 9, 2010

MTQ sekolah rendah peringkat daerah

Hanya untuk makluman!
setakat ni baru   13 buah sekolah yang respon penyertaan. Harap sekolah-sekolah lain dapat ambil tidakan sebelum cuti.  Terima kasih.

Tuesday, March 2, 2010

PKSR Bahasa Arab SR 2010

Cadangan tarikh PKSR Bahasa Arab Penggal 1







Tahun Kertas Tarikh Catatan
Tahun 1 & 2    -      -   PKSR Skala Kadar BA (lisan dan Pemerhatian)
Tahun 3     (Penilaian 1) Kertas 1     (Lisan)    -   Seminggu Sebelum Tarikh Peperiksaaan Bertulis
Tahun 3     (Penilaian 1) Kertas 2     (Penulisan) 8 hingga 11 Mac 2010   - 
Tahun 3     (Penilaian 1) Kertas 1     (Lisan)    -   Seminggu Sebelum Tarikh Peperiksaaan Bertulis
Tahun 3     (Penilaian 2) Kertas 2     (Penulisan) 25 hingga 27 Mei 2010 (Markah Penilaian 1 + Markah Penilaian 2   =  Markah PKSR 1 Bahasa Arab )
Tahun 4,5 & 6    Kertas 1     (Lisan)    -   Seminggu Sebelum Tarikh Peperiksaaan Bertulis
Tahun 4,5 & 6    Kertas 2     (Penulisan) 25 hingga 27 Mei 2010 (Markah Penilaian 1 + Markah Kertas 2   =  Markah PKSR 1 Bahasa Arab )











Cadangan tarikh PKSR Bahasa Arab Penggal 2




Tahun Kertas Tarikh Catatan
Tahun 1 & 2    -      -   PKSR Skala Kadar BA (lisan dan Pemerhatian)
Tahun 3     (Penilaian 1 ) Kertas 1     (Lisan)    -   Seminggu Sebelum Tarikh Peperiksaaan Bertulis
Tahun 3     (Penilaian 1 ) Kertas 2     (Penulisan) 23 hingga 26 Ogos 2010   - 
Tahun 3     (Penilaian 1 ) Kertas 1     (Lisan)    -   Seminggu Sebelum Tarikh Peperiksaaan Bertulis
Tahun 3     (Penilaian 2 ) Kertas 2     (Penulisan) 1 hingga 4 Nov 2010 (Markah Penilaian 1 + Markah Penilaian 2   =  Markah PKSR 2 Bahasa Arab )
Tahun 4,5 & 6    Kertas 1     (Lisan)    -   Seminggu Sebelum Tarikh Peperiksaaan Bertulis
Tahun 4,5 & 6    Kertas 2     (Penulisan) 1 hingga 4 Nov 2010 (Markah Penilaian 1 + Markah Kertas 2   =  Markah PKSR 2 Bahasa Arab )











Sehubungan dengan itu mohon semua Guru Besar dapat memanjangkan maklumat berikut kepada guru j-QAF terbabit agar dapat melaksanakan PKSR seperti yang dirancangkan.






Maklumat ini akan dihebahkan melalui faks/ surat ke sekolah2 pada hari ini.




Segala kesulitan harap dimaafkan.




Mohon dihebahkan kepada semua. Terima kasih