Thursday, January 14, 2010

Cabaran 2010 - 2

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Persekolahan daH berlalu ke minggu ke 2. Saya pasti rakan-rakan GPI sibuk menguruskan kelas, yuran, karenah murid dan lain-lain. Di peringkat PPD dan SPI kami sedang merancang bagi peningkatan kurikulum SR dan SM.
Pada 18 Januari yang lalu dalam satu taklimat, Timbalan Pengarah BPI, Tn Hj Mohd b. Taib dalam ucapan perasmiannya ada menyentuh isu-isu berkaitan hala tuju Pendidikan Islam. Beliau ada menyebut tentang masih terdapat guru Pendidikan Islam di sekolah rendah khususnya yang masih tidak memahami tujuan pelaksanaan program j-QAF. Masih berlaku pemisahan antara pendidikan Islam dan j-QAF walaupun pelaksanaannya sudah sampai ke tahun 6 atau 6 tahun. Masih terdapat GPI yang menganggap j-QAF bukan tanggungjawab mereka sedangkan program j-QAF diperkenalkan untuk memperkasakan Pendidikan Islam.
Isu kedua, komitmen dan kesungguhan GPI (termasuk guru j-QAF) dalam menjalankan tugas amat dituntut. Beliau menyentuh dasar penempatan semula guru-guru pendidikan Islam yang perlu dijalankan agar sekolah mendapat guru seimbang sama ada dari segi ustaz dan ustazahnya, kemahiran dan sebagainnya. 
Dikesempatan ini ingin saya berkongsi cerita, di mana kisah seorang tukang kayu dengan wasiat seorang kaya. ceritanya begini. Ada seorang kaya yang hampir nazak. Beliau telah berwasiat kepada isterinya sekiranya ia meninggal dunia hendaklah mencari seorang lelaki untuk menemaninya di dalam kubur selama 30 hari dan diberi hartanya sehingga penjaga tadi tidak perlu lagi bekerja.
Setelah orang kaya ni mati, maka isterinya mengumumkan wasiat sikaya tadi, lalu datang seorang tukang kayu bersama sebilah kapak menyatakan kesanggupannya untuk menemani simati.Maka dipersiapkan kubur orang kaya tadi serta tempat bagi tukang kayu tersebut.Lalu masuklah tukang kayu bersama bekalan untuk sebulan.
Setelah selesai pengkebumian dan para hadirin pulang. datanglah malaikat Munkar dan Nakir untuk soal kubur. Apabila dilihatnya tukang kayu tersebut, Malaikat itu pun bertanya :
Malaikat : Hai manusia, siapa kamu dan apa yang kau bawa bersama kamu?
Tukang kayu : Saya tukang kayu, bersama ku sebilah kapak.
Malaikat : Dari mana kau perolehi kapak itu...
diringkaskan cerita.. berlaku soal jawab antara malaikat dan tukang kayu tersebut sepanjang hari mengenai asal usul diperolehi kapak tersebut. Maka Malaikat pun beredar. Keesokan hari malaikat itu datang semula dan bertanya :
Malaikat : Ceritakan bagaimana kamu menggunakan kapak tersebut.
Tukangkayu : Menceritakan bagaimana dan tujuan kapak tersebut. dan berlaku soaljawab kegunaan kapak tersebut sepanjang hari dan malaikat pun beredar.
Diringkaskan cerita berulang-alik malaikat itu datang dan pergi selama sebulan untuk menyoal tukang kayu hanya berkisar perihal kapak yang dibawanya.
Selepas genap sebulan keluarlah tukang kayu dan isteri orang kaya tersebut hendak menyampaikan hadiah seperti dijanjikan.
Apa yang peliknya, tukang kayu itu tiba-tiba menolak hadiah tersebut. lalu ditanya kepadanya kenapa ia menolak hadiah tersebut
Tukang kayu : Kalau sebilah kapak, saya di tanya selama sebulan, bagaimana mungkin saya menjawab sekiranya saya terima harta sebanyak itu.
Untuk Renungan : Bagaimana soal kubur kita nanti dengan amanah yang kita pikul serta pendapatan yang kita terima.

No comments:

Post a Comment