Thursday, January 21, 2010

Tawaran kedua SMKA - rayuan

Makluman kepada semua. Tawaran kedua kemasukan SMKA sedah dikeluarkan. Anda boleh semak di sini. Sekiranya permohonan gagal sila buat rayuan semula. Insya Allah, kalau rezeki tak ke mana. lambat sikit je.

Thursday, January 14, 2010

Cabaran 2010 - 2

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Persekolahan daH berlalu ke minggu ke 2. Saya pasti rakan-rakan GPI sibuk menguruskan kelas, yuran, karenah murid dan lain-lain. Di peringkat PPD dan SPI kami sedang merancang bagi peningkatan kurikulum SR dan SM.
Pada 18 Januari yang lalu dalam satu taklimat, Timbalan Pengarah BPI, Tn Hj Mohd b. Taib dalam ucapan perasmiannya ada menyentuh isu-isu berkaitan hala tuju Pendidikan Islam. Beliau ada menyebut tentang masih terdapat guru Pendidikan Islam di sekolah rendah khususnya yang masih tidak memahami tujuan pelaksanaan program j-QAF. Masih berlaku pemisahan antara pendidikan Islam dan j-QAF walaupun pelaksanaannya sudah sampai ke tahun 6 atau 6 tahun. Masih terdapat GPI yang menganggap j-QAF bukan tanggungjawab mereka sedangkan program j-QAF diperkenalkan untuk memperkasakan Pendidikan Islam.
Isu kedua, komitmen dan kesungguhan GPI (termasuk guru j-QAF) dalam menjalankan tugas amat dituntut. Beliau menyentuh dasar penempatan semula guru-guru pendidikan Islam yang perlu dijalankan agar sekolah mendapat guru seimbang sama ada dari segi ustaz dan ustazahnya, kemahiran dan sebagainnya. 
Dikesempatan ini ingin saya berkongsi cerita, di mana kisah seorang tukang kayu dengan wasiat seorang kaya. ceritanya begini. Ada seorang kaya yang hampir nazak. Beliau telah berwasiat kepada isterinya sekiranya ia meninggal dunia hendaklah mencari seorang lelaki untuk menemaninya di dalam kubur selama 30 hari dan diberi hartanya sehingga penjaga tadi tidak perlu lagi bekerja.
Setelah orang kaya ni mati, maka isterinya mengumumkan wasiat sikaya tadi, lalu datang seorang tukang kayu bersama sebilah kapak menyatakan kesanggupannya untuk menemani simati.Maka dipersiapkan kubur orang kaya tadi serta tempat bagi tukang kayu tersebut.Lalu masuklah tukang kayu bersama bekalan untuk sebulan.
Setelah selesai pengkebumian dan para hadirin pulang. datanglah malaikat Munkar dan Nakir untuk soal kubur. Apabila dilihatnya tukang kayu tersebut, Malaikat itu pun bertanya :
Malaikat : Hai manusia, siapa kamu dan apa yang kau bawa bersama kamu?
Tukang kayu : Saya tukang kayu, bersama ku sebilah kapak.
Malaikat : Dari mana kau perolehi kapak itu...
diringkaskan cerita.. berlaku soal jawab antara malaikat dan tukang kayu tersebut sepanjang hari mengenai asal usul diperolehi kapak tersebut. Maka Malaikat pun beredar. Keesokan hari malaikat itu datang semula dan bertanya :
Malaikat : Ceritakan bagaimana kamu menggunakan kapak tersebut.
Tukangkayu : Menceritakan bagaimana dan tujuan kapak tersebut. dan berlaku soaljawab kegunaan kapak tersebut sepanjang hari dan malaikat pun beredar.
Diringkaskan cerita berulang-alik malaikat itu datang dan pergi selama sebulan untuk menyoal tukang kayu hanya berkisar perihal kapak yang dibawanya.
Selepas genap sebulan keluarlah tukang kayu dan isteri orang kaya tersebut hendak menyampaikan hadiah seperti dijanjikan.
Apa yang peliknya, tukang kayu itu tiba-tiba menolak hadiah tersebut. lalu ditanya kepadanya kenapa ia menolak hadiah tersebut
Tukang kayu : Kalau sebilah kapak, saya di tanya selama sebulan, bagaimana mungkin saya menjawab sekiranya saya terima harta sebanyak itu.
Untuk Renungan : Bagaimana soal kubur kita nanti dengan amanah yang kita pikul serta pendapatan yang kita terima.

Wednesday, January 13, 2010

Aktiviti Dakwah 2010

Setakat ni dimaklumkan aktiviti dakwah yang dah confirm ialah MTQ. Tajuk-tajuk yang berkaitan sedang diedarkan. Harap SU Dakwah sekolah-sekolah ambil tindakan perkara tersebut.Pelaksanaan di peringkat daerah adalah seperti lepas.

Bagi aktiviti dakwah lain masih dalam perbincangan berdasarkan kedudukan peruntukan kewangan tahun ini.
Dimaklumkan juga pemantauan akan dilaksanakan. Pemantauan fokus kepada j-QAF, perancangan dakwah dan Perancangan Peningkatan Akademik. Bahan MTQ dan Instrumen Pemantauan boleh dimuat turun dari Portal SPI. Sila klik di sini. 



Aktiviti dakwah yang diperluaskan ialah Ihtifal Institusi Pendidikan Islam (IPA) iaiti SMKA, KAA dan SABK

Thursday, January 7, 2010

Waran Peruntukan Kecil Kem Bestari Solat Tahun 2009 BPI KPM

Kem Bestari Solat adalah antara aktiviti wajib yang mesti dilaksanakan di semua sekolah yang melaksanakan j-QAF. 
Oleh kerana terdapat laporan yang memaklumkan ada beberapa sekolah tidak dapat menghabiskan peruntukan tersebut pada tahun 2009 dan mengambilkira peruntukan tersebut diturunkan agak lewat, sekolah-sekolah dibenarkan untuk menggunakan baki peruntukan tahun 2009 pada tahun 2010 bagi pelaksanaan Kem Berkenaan.


Surat kebenaran tersebut no. ruj. : KP BPI(OD) 5206/3/8.2(D)(2) bertarikh 9 Disember 2009 sedang diedarkan. Harap maklum.
Terima kasih.

Wednesday, January 6, 2010

Cabaran 2010


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk mengecapi nikmat di tahun baru 2010 ini.
Tentunya tahun baru ini lebih banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh semua yang bergelar pendidik, sama ada dari segi kurikulum pendidikan Islam, ko kurikulum dan dakwah.
Di kesempatan ini bagi semua guru Pendidikan Islam sekolah rendah sama ada j-QAF atau bukan ada beberapa maklumat ingin dikongsi bersama.

1. Keperluan guru 2010
makluman untuk semua, bagi tahun 2010 saya dimaklumkan pengambilan guru j-QAF akan dibuat pada bulan Jun akan datang tidak pada Januari seperti tahun sebelumnya. Beberapa buah sekolah mengalami kekurangan guru yang agak kritikal.
Cadangan bagi mengatasi masalah.
Bagi sekolah yang menghadapi masalah ini dicadangkan seperti berikut :
Jadual waktu Tahap 2, P&P secara kolaboratif (pairing) tidak berlaku bagi bahagian ulum syariah dan Jawi. Bermakna hanya seorang GPI sahaja terlibat. Sekiranya masih tidak dapat mengatasi masalah bebanan waktu mengajar cara tersebut boleh diaplikasikan pada tahap 1.
Saya dimaklumkan terdapat sekolah (j-QAF sampai Tahap 2/ Tahun 6) yang kekurangan guru j-QAF opsyen Bahasa Arab. Guru j-QAF opsyen PI diharapkan dapat membantu mengajar matapelajaran BA kerana opsyen keduanya adalah Bahasa Arab. Untuk makluman guru opsyen Bahasa Arab juga perlu terlibat dengan program j-QAF lain seperti al-Quran, Tasmik, Bestari Solat dan lain-lain.
Saya harap semua guru dapat bekerjasama sewajarnya bagi menjayakan objektif program ini.


2. Pemantauan pelaksanaan j-QAF awal tahun 2010
Diharapkan semua sekolah pelaksanaan j-QAF dapat mengemaskini semua rekod dan sistem fail sama ada Panitia Pendidikan Islam atau perkara yang berkaitan dengan j-QAF. Fokus pemantauan pada kali ini ialah sekolah pelaksanaan j-QAF 2005 dan 2009. Harap dapat bersedia awal seperti jadual waktu tasmik, perancangan/takwim kem Bestari Solat, KLaQ dan semua rekod.

3. Program kecemerlangan/ aktiviti 2010
Sebagai tindakan awal untuk kecemerlangan j-QAF, Kem Literasi al-Quran (KLaQ) perlu di rancang dan dilaksanakan antara Januari dan Februari ini bagi murid-murid yang masih Iqrak 1-3 khususnya tahap 2. Bagi murid tahun 6 juga perlu ada perancangan untuk memastikan murid akan khatam sebelum Jun 2010.

Diharapkan semoga slogan "j-QAF Tanpa Gagal" menjadi kenyataan dan ia menjadi azam kita bersama.

Ilal Liqa' Wassalam

Sila sebarkan. Terima Kasih

Monday, January 4, 2010

Tawaran Kemasukan ke Tingkatan 1 SMKA

Tahniah kepada murid-murid yang ditawarkan ke SMKA Negeri Perak. Saya dimaklumkan murid-murid yang ditawarkan akan mendaftar ke SMKA pada 12 - 14 Januari. Pemohon boleh membuat semakan tawaran ke RK/SMKA melalui laman web dan bagi pemohon yang tidak berjaya anda boleh membuat rayuan terus melalui laman web rasmi permohonan rk/smka secara online.