Setakat ni dimaklumkan aktiviti dakwah yang dah confirm ialah MTQ. Tajuk-tajuk yang berkaitan sedang diedarkan. Harap SU Dakwah sekolah-sekolah ambil tindakan perkara tersebut.Pelaksanaan di peringkat daerah adalah seperti lepas.
Bagi aktiviti dakwah lain masih dalam perbincangan berdasarkan kedudukan peruntukan kewangan tahun ini.
Dimaklumkan juga pemantauan akan dilaksanakan. Pemantauan fokus kepada j-QAF, perancangan dakwah dan Perancangan Peningkatan Akademik. Bahan MTQ dan Instrumen Pemantauan boleh dimuat turun dari Portal SPI. Sila klik di sini.
Aktiviti dakwah yang diperluaskan ialah Ihtifal Institusi Pendidikan Islam (IPA) iaiti SMKA, KAA dan SABK
Wednesday, January 13, 2010
Thursday, January 7, 2010
Waran Peruntukan Kecil Kem Bestari Solat Tahun 2009 BPI KPM
Kem Bestari Solat adalah antara aktiviti wajib yang mesti dilaksanakan di semua sekolah yang melaksanakan j-QAF.
Oleh kerana terdapat laporan yang memaklumkan ada beberapa sekolah tidak dapat menghabiskan peruntukan tersebut pada tahun 2009 dan mengambilkira peruntukan tersebut diturunkan agak lewat, sekolah-sekolah dibenarkan untuk menggunakan baki peruntukan tahun 2009 pada tahun 2010 bagi pelaksanaan Kem Berkenaan.
Surat kebenaran tersebut no. ruj. : KP BPI(OD) 5206/3/8.2(D)(2) bertarikh 9 Disember 2009 sedang diedarkan. Harap maklum.
Terima kasih.

Wednesday, January 6, 2010
Cabaran 2010
Assalamualaikum w.b.tAlhamdulillah, bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk mengecapi nikmat di tahun baru 2010 ini.
Tentunya tahun baru ini lebih banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh semua yang bergelar pendidik, sama ada dari segi kurikulum pendidikan Islam, ko kurikulum dan dakwah.
Di kesempatan ini bagi semua guru Pendidikan Islam sekolah rendah sama ada j-QAF atau bukan ada beberapa maklumat ingin dikongsi bersama.
1. Keperluan guru 2010
makluman untuk semua, bagi tahun 2010 saya dimaklumkan pengambilan guru j-QAF akan dibuat pada bulan Jun akan datang tidak pada Januari seperti tahun sebelumnya. Beberapa buah sekolah mengalami kekurangan guru yang agak kritikal.Cadangan bagi mengatasi masalah.
Bagi sekolah yang menghadapi masalah ini dicadangkan seperti berikut :
Jadual waktu Tahap 2, P&P secara kolaboratif (pairing) tidak berlaku bagi bahagian ulum syariah dan Jawi. Bermakna hanya seorang GPI sahaja terlibat. Sekiranya masih tidak dapat mengatasi masalah bebanan waktu mengajar cara tersebut boleh diaplikasikan pada tahap 1.
Saya dimaklumkan terdapat sekolah (j-QAF sampai Tahap 2/ Tahun 6) yang kekurangan guru j-QAF opsyen Bahasa Arab. Guru j-QAF opsyen PI diharapkan dapat membantu mengajar matapelajaran BA kerana opsyen keduanya adalah Bahasa Arab. Untuk makluman guru opsyen Bahasa Arab juga perlu terlibat dengan program j-QAF lain seperti al-Quran, Tasmik, Bestari Solat dan lain-lain.
Saya harap semua guru dapat bekerjasama sewajarnya bagi menjayakan objektif program ini.
2. Pemantauan pelaksanaan j-QAF awal tahun 2010
Diharapkan semua sekolah pelaksanaan j-QAF dapat mengemaskini semua rekod dan sistem fail sama ada Panitia Pendidikan Islam atau perkara yang berkaitan dengan j-QAF. Fokus pemantauan pada kali ini ialah sekolah pelaksanaan j-QAF 2005 dan 2009. Harap dapat bersedia awal seperti jadual waktu tasmik, perancangan/takwim kem Bestari Solat, KLaQ dan semua rekod.3. Program kecemerlangan/ aktiviti 2010
Sebagai tindakan awal untuk kecemerlangan j-QAF, Kem Literasi al-Quran (KLaQ) perlu di rancang dan dilaksanakan antara Januari dan Februari ini bagi murid-murid yang masih Iqrak 1-3 khususnya tahap 2. Bagi murid tahun 6 juga perlu ada perancangan untuk memastikan murid akan khatam sebelum Jun 2010.Diharapkan semoga slogan "j-QAF Tanpa Gagal" menjadi kenyataan dan ia menjadi azam kita bersama.
Ilal Liqa' Wassalam
Sila sebarkan. Terima Kasih
Monday, January 4, 2010
Tawaran Kemasukan ke Tingkatan 1 SMKA
Tahniah kepada murid-murid yang ditawarkan ke SMKA Negeri Perak. Saya dimaklumkan murid-murid yang ditawarkan akan mendaftar ke SMKA pada 12 - 14 Januari. Pemohon boleh membuat semakan tawaran ke RK/SMKA melalui laman web dan bagi pemohon yang tidak berjaya anda boleh membuat rayuan terus melalui laman web rasmi permohonan rk/smka secara online.
Thursday, December 31, 2009
Selamat Tahun Baru 2010
Unit Pendidikan Islam mengucapkan selamat memulakan tugas kepada semua warga pendidik di Daerah Manjung. Diharapkan tahun 2010 ini pencapaian dan mutu perkhidmatan kita lebih cemerlang.
Kepada semua guru Pendidikan Islam khususnya di sekolah rendah dapat memastikan program j-QAF dijayakan sepenuhnya.
Bagi sekolah menengah terutamanya KAA perancangan awal perlu dibuat bagi memastikan pencapaian PMR dan SPM 2010 lebih tinggi.
Terima kasih kepada semua yangmenyumbang kepada kejayaan aktiviti pendidikan Islam 2009.

Wednesday, December 23, 2009
MUAT TURUN PANDUAN PELAKSANAAN MODEL P&P j-QAF
Makluman kepada semua sekolah pelaksanaan j-QAF Daerah Manjung.
Muat turun Panduan Pelaksanaan Model-model Pengajaran, Pembelajaran dan Kokurikulum serta Panduan Pelaksanaan Pendidikan Islam j-QAF dan Rancangan Tahunan.
Bahan di atas boleh didapati dengan muat turun di laman web : http://www.moe.gov.my/bpk/

Tuesday, December 15, 2009
Tahniah kepada pasukan Malaysia...
Pemain Malaysia Safiq Rahim meraikan golnya semasa perlawanan bola sepak lelaki separuh akhir antara Malaysia dengan Laos di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional di sini, semalam. Dengan kemenangan bergaya ini Malaysia berpeluang menamatkan kemarau emas selama 20 tahun apabila mara ke perlawanan akhir acara bola sepak lelaki selepas menewaskan Laos 3-1 dalam perlawanan itu hari ini. -foto BERNAMA
Friday, December 11, 2009
Bowling tertutup antara pegawai PPD Manjung
Sebagai aktiviti riadah dan mengeratkan silaturrahim antara pegawai dan staff PPD Manjung, Satu pertandingan Bowling diadakan.
Wednesday, December 9, 2009
Pengetua Guru Besar Mungkin Diberi Kuasa Ambil atau Pecat Guru
Posted by j-qaf at Tuesday, December 8, 2009
KUALA LUMPUR, 8 Dis: Pengetua atau guru besar mungkin diberi kuasa untuk mengambil dan memecat guru di sekolah mereka pada masa depan, Dewan Rakyat diberitahu Selasa.
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata perkara itu akan dipertimbangkan dalam usaha kementerian untuk merevolusikan sistem pendidikan negara.
Selain itu, kementerian turut mewujudkan ba'iah baru untuk membawa perubahan yang dapat memberi kecemerlangan kepada sekolah-sekolah.
"Sekiranya pengetua atau guru besar perform, beliau akan mendapat ganjaran... tidak semestinya dalam bentuk kenaikan pangkat atau gaji. Ganjaran itu bergantung kepada kegigihan pengetua atau guru besar berkenaan dalam melakukan perubahan di sekolah mereka.
"Kemungkinan suatu hari nanti mereka boleh lakukan hire and fire...mereka dapat menentukan siapa atau guru mana yang berdedikasi untuk membantu mereka menjadikan sekolah mereka sekolah cemerlang," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pelajaran di Parlimen.
Beliau berkata melalui revolusi sistem pendidikan itu, kementerian telah melakukan beberapa perubahan termasuk mewujudkan banyak persaingan dengan memperkenalkan sekolah berprestasi tinggi.
Mohd Puad berkata Kementerian Pelajaran juga akan mengumumkan 20 sekolah yang diberi penarafan sekolah berprestasi tinggi.
Selain itu, katanya kementerian akan melakukan rombakan kepada sistem taksiran iaitu sekolah bukan berorientasikan peperiksaan semata-mata memandangkan pendidikan merupakan sesuatu yang dinamik dan perlu disesuaikan mengikut keadaan semasa.
Beliau turut disoal Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mengenai bagaimana kerajaan mahu memartabatkan profesion perguruan sebagai profesion pilihan pertama dan bukan yang terakhir seperti yang berlaku mutakhir ini.
"Sebab itu, kita mesti berusaha menukar pemikiran guru supaya mereka melihat pendidikan sebagai perjuangan untuk memberi keadilan kepada rakyat," kata Mohd Puad.
Bagaimanapun, beliau berkata kementerian tidak akan mengubah dasar sedia ada cuma pendekatannya yang berbeza.
"Saya yakin kalau perubahan minda ini dapat dilakukan, kita akan berjaya," katanya.
Kepada soalan lain, Mohd Puad menafikan migrasi sesetengah pihak ke luar negara dalam bidang pendidikan kerana rasa tidak selesa dengan sistem pendidikan negara.
"Saya ragu dengan hujah Ipoh Timur bahawa mereka migrasi ke luar negara kerana tidak begitu selesa dengan sistem pendidikan kita...mereka ini migrasi kerana melihat kepentingan kebendaan dan disebabkan pekerjaan mereka," katanya.
Beliau juga berkata walaupun terdapat dakwaan bahawa sistem pendidikan kebangsaan gagal melahirkan pakar, ilmuan dan sebagainya, angkasawan pertama negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie adalah produk sistem itu.
"Sepatutnya kita berbangga dengan dasar pendidikan kebangsaan kita," katanya.
Sumber: Bernama

Subscribe to:
Posts (Atom)