Monday, November 22, 2010

SELAMAT BERCUTI ...

sELaMaT BeRcUTi KePaDA SeMua GUrU...

Monday, November 15, 2010

10 MINIT BACA AL-QURAN SEBELUM MEMULAKAN SESI PERSEKOLAHAN

Setiap pelajar muslim di Terengganu akan dikehendaki memulakan sesi pesekolahan harian mereka dengan membaca Al-Quran selama 10 minit mulai tahun depan.

Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu Razali Daud berkata ia adalah sebahagian daripada usaha pihaknya memberi penekanan serius kepada pembangunan sahsiah seiring dengan kecemerlangan akademik yang dicapai pelajar.

Beliau berkata pihaknya akan berusaha memastikan warga sekolah memiliki sahsiah dan akhlak yang mantap, selaras dengan usaha membasmi masalah disiplin kalangan pelajar sekolah di Terengganu.

"Bagi pelajar Islam yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil pula tenaga ustaz akan digunakan bagi menguruskan mereka secara berkumpulan," katanya kepada pemberita, di Besut.

Selain itu katanya semua program-program pembangunan sahsiah pelajar seperti perkhemahan akan dilaksanakan di dalam kawasan masjid dan tidak lagi di resort atau di hotel-hotel sebagaimana yang diamalkan sebelum ini.

Sementara itu Razali berkata semua sekolah di Terengganu akan dikehendaki mengadakan Solat Hajat sebelum cuti persekolahan bermula minggu depan, di samping satu lagi solat Hajat serentak di seluruh negeri yang dirancang sebelum sesi persekolahan bermula tahun depan.

--Bernama

upimanjung - Suatu usaha yang amat baik dan sepatutnya menjadi ikutan dari segi pelaksanaan khususnya di daerah Manjung. Upimanjung juga insya Allah akan cuba melaksanakan aktiviti seumpama itu bagi tahun hadapan

Tuesday, October 5, 2010

Sambutan Idil Fitri dan Rumah Terbuka PPD Manjung


PPD Manjung, 04 Oktober 2010
Kemeriahan Hari Raya Idul Fitri masih terasa. Pejabat Pelajaran Daerah Manjung (PPD Manjung) dengan kerjasama SK Seri Selamat telah berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya dan Rumah Terbuka Pejabat Pelajaran Daerah bagi tahun 2010. Antara jemputan ialah Menteri Besar Perak, Ketua-ketua jabatan, Majlis Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (MPSM) dan Majlis Guru Besar (MGP) Semua Pengetua dan Guru Besar serta guru-guru.
Sambutan diadakan di perkarangan PPD Manjung bermula jam 2.30 petang. Alhamdulillah dengan cuaca yang cerah dan tidak terlalu panas majlis dapat berjalan dengan meriah dan berakhir sekitar jam 5.00 petang.
Menu yang dihidangkan ialah, Soto, Nasi Impit, Sate, Lontong, Lemang dan Ketupat serta kuih muih. Air Cendol juga turut di sediakan.


En. Haris Membantu menyediakan cendol kepada hadirin


Antara Tetamu yang hadir , termasuk SU Sulit Kanan Menteri Besar Perak.

Friday, September 17, 2010

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana Sempena Peperiksaan Awam 2010 Daerah Manjung

Alhamdulillah, 16 September 2010.
Program atau Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana dapat dilaksanakan di Masjid Nurul Hidayah, Masjid Daerah Manjung.

















Majlis dihadiri oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah serta pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua-pengetua, Guru besar-guru besar, Jawatan Kuasa Masjid , guru-guru, ibubapa serta murid-murid.


















Kehadiran dianggarkan melebihi 800 orang.
Bacaan Yasin dan solat Hajat diketuai oleh Imam Masjid Daerah Manjung, Tn Hj Yaakob.
Unit Pendidikan Islam Daerah Manjung merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis tersebut.
















Majlis bermula jam 7.00 malam dengan kehadiran para jemputan dan jemaah dikuti solat maghrib dan bacaan Yasin. Seterusnya  Solat Isyak dan Solat Hajat.




Monday, July 26, 2010

Lawatan penandaarasan Panitia PI SR ke Kota Kinabalu, Sabah

Alhamdulillah, Lawatan selama 4 hari 3 malam berjalan dengan lancar. Banyak ilmu dan pengalaman dapat ditimba dan dibawa pulang ke Manjung.
Terima kasih kepada SK Seri Gaya kerana sudi menerima lawatan. Gambar boleh dilihat melalui face book di sini

Thursday, July 15, 2010

eLaporan Pelaksanaan j-QAF Jun 2010

Terima kasih kepada urusetia, Ustaz Nazmi kerana membantu mengumpulkan data jQAF pd 13 dan 14 Julai 2010. Terima kasih kepada semua guru kerana dapat mengambil tindakan mengikut jadual.

Wednesday, July 14, 2010

Diskusi Profesinalisme dan Pelancaran Bulan Solat Daerah Manjung

12 Julai 2010, Dewan Samudera SK Seri Bayu : Dua program telah di anjurkan bagi meningkatkan kauliti guru Pendidikan Islam dan j-QAF dan menyemarakkan sambutan Hari Kebesaran Israk dan Mikraj telah berlangsung dengan jayanya.

Program bermula seawal jam 8.30 pagi dengan ucapan dari Puan Aminah, Penyelia Pendidikan Islam dan Ustaz Salleh bin Hj Muruni, Penyelia Kanan Pendidikan Islam daerah Manjung.
Program diteruskan dengan Diskusi Profesionalisme khususnya pelaksanaan  program j-QAF di sekolah. Unit Pendidikan Islam Daerah Manjung mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang memberi kerjasama menjayakan diskusi tersebut yang dapat menyelesaikan beberapa isu pelaksanaan j-QAF di sekolah.

Majlis diteruskan dengan pelancaran bulan Solat pada pukul 11.00 pagi dengan kehadiran semua guru besar. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah, En. Suhaimi bin Ramli yang mewakili Tuan PPD.

Sebagai  gimik pelancaran Bulan Solat, Guru Besar menerima CD tentatif serta objektif program untuk dilaksanakan diperingkat sekolah masing-masing.

 Majlis berakhir pada pukul 12.30 tengahari dengan jamuan makan tengahari.

Monday, July 5, 2010

Hari Keluarga SPI 2010

Assalamualaikum w.b.t
Add caption









Caravan Park, Taiping04 Julai 2010 - Hari Keluarga SPI  2010 berjaya dilaksanakan dalam serba sederhana tetapi meriah.

Program dimulakan seawal jam 9.00 pagi dengan minum pagi dan taaruf.
Program dirasmikan oleh Tuan Ketua Sektor Ustaz Wan Ramdzan bin Wan Mamat.

Kemudian diikuti dengan acara sukaneka. Gelagat anak-anak yang mencuit hati...

Majlis di akhiri dengan penyampaian hadiah dan bertukar-tukar hadiah antara pegawai SPI dan PPD.


Majlis berakhir jam 1.00 tengahari selepas jamuan makan tengahari.

Monday, May 31, 2010

Key-In Markah Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Mohon tindakan segera dari semua panitia PI Sekolah Mengeah Daerah Manjung.
Sila KLIK DI SINI untuk tindakan. Untuk panduan mengisi borang boleh muat turun panduan guru dari emel jqafmanjung@ymail.com

Terima kasih

Wednesday, May 5, 2010

SOALAN PEMULIHAN JAWI TAHUN 6

PERHATIAN !


Perhatian kepada semua sekolah-sekolah pelaksanaan j-QAF kohort 2005. Sila download soalan pemulihan jawi tahun 6 di laman web SPI.
Tuan-tuan juga boleh dapatkan di e-mel jqafmanjung.

Harap maklum dan mohon tindakan segera. Terima kasih

Tuesday, May 4, 2010

ETIKA BERPAKAIAN SEMASA BEKERJA

ETIKA PAKAIAN LELAKI

1.1 Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan 1 (iaitu kumpulan A dan B) dibenarkan untuk memakai lounge suit atau bush-jacket atau baju kemeja bertali leher dan berseluar panjang yang sesuai warnanya. Baju kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam bahagian seluar pada paras pinggang dan lengan panjang hendaklah jangan dilipat lengannya.

1.2 Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan Sokongan II (iaitu Kumpulan C dan D) dibenarkan memakai baju kemeja dengan seluar panjang yang sesuai warnanya. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam bahagian seluar pada paras pinggang dan baju kemeja lengan panjang hendaklah jangan dilipat lengannya. Pegawai yang bertugas di kaunter dikehendaki memakai baju kemeja dengan seluar panjang yang sesuai serta bertali leher.

1.3 Pada hari Jumaat dan hari-hari kebesaran agama Islam, kakitangan yang beragama Islam digalakkan memakai baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok (bukan jenis ketayap) atau baju Melayu yang seumpama bentuknya, berseluar panjang dan bersongkok. Baju Melayu yang dipadankan dengan kain sarong atau seumpamanya tidak dibenarkan.

1.4 Kasut hendaklah dari jenis kulit atau yang sejenis dengannya. Selipar,kasut sukan dan kasut getah tidak boleh dipakai semasa waktu bekerja.

1.5 Jeans, kemeja T sama ada berkolar atau tidak dan seluar pendek tidak dibenarkan dipakai semasa waktu bekerja.

ETIKA PAKAIAN PEREMPUAN

2.1 Baju kurung atau baju kurung moden atau kebaya labuh, atau kebarung atau jubah atau pakaian etnik masing-masing yang sesuai, kemas dan tidak menjolok mata.

2.2 Baju mestilah berlengan dan tidak sendat/ ketat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan.

2.3 Selipar dan kasut sukan tidak dibenarkan dalam waktu pejabat.


BAJU BATIK

Semua kakitangan digalakkan memakai baju batik pada setiap hari Khamis.

Monday, April 26, 2010

Tahniah kepada semua peserta MTQSS daerah Manjung

 24 April 2010, Kontinjen Manjung menunjukkan prestasi yang baik di MTQSS Peringkat Negeri Perak apabila menjadi Johan dalam acara Tilawah Lelaki Sekolah Menengah, Naib Johan dalam acara hafazan (P) Sekolah rendah dan Tilawah (P) Sekolah Menegah serta tempat ketiga dalam acara Tilawah (L) sekolah Rendah dan Hafazan (L) Sekolah Rendah.
Terima kasih kepada guru-guru pengiring, juru latih yang memberi bantuan sepanjang latihan, Ustaz Sakri yang meluangkan masa untuk bersama dan ibu bapa yang memberi sokongan. Mudah-mudahan sumbangan anda semua menjadi termasuk dalam amalan soleh.
Kepada peserta yang tidak berjaya juga saya ucapkan terima kasih kerana telah memberi yang terbaik untuk daerah.
Semoga kejayaan ini dapat dipertingkatkan di masa akan datang. Insya Allah.

Thursday, April 22, 2010

Seloka 'Salam'

Melamar udah kali ketiga,
           Puteri seberang warisan silam,
Kamar indah dalam syurga,
          Untuk orang menyibar salam.

Burung belatuk si burung pekaka,
          Terbang berkelamin menjelang malam,
Iblis terkutuk menangis duka,
          Bila mukmin menyibar salam.

Wednesday, April 14, 2010

Pertukaran / Penempatan semula guru j-QAF

Merujuk kepada Surat Siaran Bahagian Pendidikan Islam bertarikh 6 Januari, prosedur pertukaran guru j-QAF hendaklah dilaksanakan  seperti guru pendidikan Islam sedia ada iaitu secara on-line.

Sehubungan perkara tersebut, surat siaran sebelum ini berkenaan penempatan semula guru j-QAF terbatal.
Guru j-QAF perlu menamatkan 36 bulan selepas tamat latihan layak memehon secara on-line bermula 1 April hingga 30 April atau  1 September hingga 30 September. Harap maklum.

Us. Amini - Harap bersabar

SENARAI PESERTA DAERAH MANJUNG MTQSS PERINGKAT NEGERI PERAK

Semoga berjaya !

Nama Sekolah Acara
1 AHMAD MUIZUDDIN B. MUSTAFA SMK AHMAD BOESTAMAM TILAWAH AL-QURAN ( L )
2 NUR FAIZATUL FATIN BT MOHD SHAFIEI SABK MAAHAD ISLAHIAH ADDINIAH TILAWAH AL-QURAN ( P )
3 MUHAMMAD HANNAN BIN MOHD ZAIN SMK. SERI MANJUNG TAHFIZ ( L )
4 NUR IZZATUL IZLEEN BT MOHD ALWI SMK. SERI MANJUNG TAHFIZ ( P )
5 ZAHRUL AZMAN B. SELAMAT SABK MAAHAD ISLAHIAH ADDINIAH SYARAHAN ( L )
6 NURUL NAZATUL  ATIQAH  BT KAMARUDDIN SMK.  TOK PERDANA SYARAHAN ( P )
7 MUHAMMAD AFIF ZAIM BIN HJ. YUSUF SK. NAKHODA MUHD TAIB TILAWAH AL-QURAN ( L )
8 AIN FAQIHAH  BT MUHD FAHMI RAUF SK. SERI MANJUNG TILAWAH AL-QURAN  ( R )
9 MUHAMMAD FAREIZ BIN MOHD SALLEH SK. SUNGAI WANGI TAHFIZ ( L )
10 SHASHA NAJIHAH BT SAIFUL ADLI SK. SERI MANJUNG TAHFIZ ( P )
11 MUHAMMAD SYAFIQ SYAHMI BIN SHARIFF SK. SUNGAI TIRAM BERCERITA KISAH AL-QURAN (L)
12 ANIS AFIFA BT MOHD AMINI SK. SERI MANJUNG BERCERITA KISAH AL-QURAN (P)

Thursday, April 1, 2010

MTQ Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Daerah Manjung

Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah kerana berjaya menganjurkan program dengan lancar dan meriah! keputusan akan dimaklumkan dengankadar segera. kepada sekolah yang berjaya terus buat persediaan ke peringkat negeri pada 23 dan 24 April ini.

Wednesday, March 31, 2010

Panduan Pelaksanaan Program

PROGRAM KANZUL MUFRADAT
            - Membantu pelajar menguasai perbendaharaan kata B. Arab.
            - Dilaksanakan sepanjang masa dari bulan Januari - Ogos.
            - Semua Pelajar dibekalkan dengan bahan / buku Kanzul Mufradat.

PROGRAM SMART JAWI
            - Membantu pelajar menguasai Penulisan Jawi dan B. Arab.
            - Pelajar Tingkatan 1 terlibat.
            - Dibekalkan buku Smart Jawi setiap seorang.
            - Dilaksanakan Bengkel Penulisan Jawi selama sehari.
            - Mula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

LATIH TUBI SOALAN BAHASA ARAB
            - Menyediakan 9 set soalan mengikut topik.
            - Semua Pelajar Tingkatan 3 dan 5 terlibat.
            - Dilaksanakan setiap bulan bermula bulan Februari.
            - Pencapaian pelajar akan dipantau dari bulan ke bulan.
            - Tindakan susulan akan dilaksanakan melalui program ‘ I see you ’.
            - Dilaksanakan pada waktu P & P Bahasa Arab.

Soalan Selaras Bahasa Arab Pertengahan, Akhir Tahun dan 
Percubaan
- Menyediakan set soalan Bahasa Arab Pertengahan, Akhir Tahun dan   
  Percubaan PMR / SPM.
- Semua Pelajar Tingkatan 3 dan 5 terlibat.
- Dilaksanakan pada bulan April/Jun/Ogos.
- Pencapaian pelajar akan direkod dan tindakan susulan akan  
  dilaksanakan melalui Program Kepung / Pecutan Akhir.
- Dilaksanakan mengikut format peperiksaan sebenar.

Mukhayyam Bahasa Arab
            - Semua Pelajar Tingkatan 3 teribat.
            - Pelajar didedahkan dengan Penggunaan Bahasa Arab.
            - Pelajar didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang menarik.
            - Memupuk minat murid terhadap Bahasa Arab.
            - Dilaksanakan sehari ( Sabtu ) mulai jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

Tahbibullughah
            - Semua pelajar Tingkatan 1 & 4 terlibat.
            - Program dilaksanakan untuk memupuk minat pelajar dalam B. Arab.
            - Pelajar didedahkan dengan aktiviti-aktiviti menarik.
            - Dilaksanakan sehari ( Sabtu ) mulai jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

Kursus Kecemerlangan PMR & spm
            - Semua pelajar Tingkatan 3 dan 5 terlibat.
            - Pelajar diberikan motivasi untuk berjaya dengan cemerlang dalam PMR.
            - Pelajar didedahkan dengan pelbagai jenis cara pembelajaran
              cemerlang.



Teknik Menjawab PMR
            - Semua pelajar Tingkatan 3 terlibat.
            - Pelajar didedahkan dengan teknik menjawab soalan bagi semua mata
  pelajaran.
- Guru Cemerlang / Pemeriksa Kertas akan memberi ceramah.
- Dilaksanakan selama 3 hari mulai jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Teknik Menjawab SPM
            - Semua pelajar Tingkatan 5 terlibat.
            - Pelajar didedahkan dengan teknik menjawab soalan bagi semua mata
  pelajaran.
- Guru cemerlang / Pemeriksa Kertas akan memberi ceramah.
- Dilaksanakan selama 3 hari mulai jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Skor A PMR / SPM
            - Pelajar yang berpotensi memperolehi 9 A terlibat.
- Program Kepung dan Pecutan Akhir dilaksanakan berdasarkan
  pencapaian pelajar.
            - Dilaksanakan mengikut semua mata pelajaran.
            - Dilaksanakan 2 hari mulai 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Penutup .
Diharapkan pelaksanaan Aktiviti Kecemerlangan Kelas KAA ini dapat dijalankan dengan sempurna dan berkesan ke arah pencapaian PMR & SPM yang unggul setiap tahun peperiksaan.

Cadangan Program Peningkatan KAA 2010

BIL PROGRAM DAERAH TARIKH
1 SKOR A / KECEMERLANGAN SETIAP DAERAH 16-18 JUL 2010
2 PROGRAM HALUS SETIAP DAERAH 2-4 JUL 2010
3 BENGKEL PROGRAM HALUS / SKOR A SPI 13-15 APRIL 2010
4 LATIH TUBI MENGIKUT BUKU TEKS SEKOLAH APRIL - SEPT
5 KANZUL MUFRADAT SEKOLAH APRIL - SEPT
6 MUKHAYYAM BAHASA ARAB SEKOLAH APRIL - SEPT
7 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SEKOLAH TENGAH MEI
8 TEKNIK MENJAWAB SOALAN SEKOLAH APRIL - SEPT
9 TEKNIK MEMERIKSA KERTAS SETIAP DAERAH APRIL - SEPT 

Friday, March 26, 2010

Tahniah SK Seri Sitiawan !

25 Mac 2010, Dewan Seri Angkasa, May Bank Trust, Satu majlis diadakan bagi pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang cemerlang dalam pelaksanaan program j-QAF. Sekolah tersebut juga diistiharkan sebagai sekolah penanda aras 'Banch-mark' bagi daerah masing-masing. Penilaian diambil berdasarkan pencapaian j-QAF 2009, pengurusan j-QAF dan sumbangan Guru Besar dan pengurusan sekolah kepada peningkatan j-QAF. Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Yang Berbahagian Tn. Hj. Radzi b. Abdul Jabar, Tuan Pengarah Pelajaran Perak.
Pn. Hjh Hamida bt Isa
Guru Besar SK Seri Sitiawan

Bagi daerah Manjung, SK Seri Sitiawan telah diistiharkan sebagai sekolah j-QAF Cemerlang. Saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Guru Besar, semua GPI dan seluruh warga SK Seri Sitiawan diatas kecemerlangan tersebut. Diharap terus merancang dan meningkatkan aktiviti j-QAF dan prestasi murid. Saya juga mengharapkan segala yang diusahakan dapat dikongsi bersama dengan sekolah-sekolah lain.

j-QAF Tanpa Gagal

Wednesday, March 24, 2010

MTQSS Daerah Manjung - Saringan

22 dan 23 Mac 2010 - Panitia Pendidikan Islam SR telah berjaya menganjurkan MTQSS Peringkat Daerah Manjung - Saringan, bertempat di dewan Bestari PPD Manjung dan SK Seri Selamat (Terima kasih kepada GB SK Seri Selamat, GPI serta seluruh warga SKSS yang memberi kerjasama menjayakan MTQSS), 41 buah SK telah mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan iaitu Tilawah al-Quran, Hafazan dan Bercerita Kisah-kisah dari al-Quran.

Semua acara tamat lebih kurang pada jam 12 tengahari 23 Mac 2010 yang melibatkan lebih kurang 200 orang murid.

Terima kasih kepada guru-guru yang menerima pelantikan sebagai hakim (fisabilillah) dan semua guru pengiring walaupun terpaksa keluar duit poket sendiri. Sumbangan semua diharap menjadi pendorong kepada semua GPI untuk terus menyumbang untuk perkembangan dakwah Islam.

Insya Allah keputusan sudah dibuat, seramai lima orang akan dipanggil dari setiap kategori yang dipertandingkan ke acara akhir pada 1 April ditempat yang sama.Kalau sempat akan saya pamirkan di blog ini esok.

Tahniah kepada murid yang berjaya ke akhir.

Terkini

Senarai sekolah yang berjaya ke Peringkat Akhir MTQSS Daerah Manjung Pada 1 April 2010

Tilawah al-Quran (L)                                  Tilawah  (P)
1. SK Kampung Kota                                1.  SK Kampong Kota
2. SK Lekir                                                 2.  SK Pang. TLDM
3. SK Muhammad Saman                        3.  SK Pang. TLDM II
4. SK Nakhoda Muhammad Taib            4.  SK Segari
5. SK Seri Manjung                                   5.  SK Seri Manjung

Hafazan (L)                                                 Hafazan (P)
1. SK Gangga                                            1.  SK Lekir
2. SK Pgkln. Baharu                                  2.  SK Pang. TLDM
3. SK Seri Bayu                                         3.  SK Seri Manjung
4. SK Sg. Wangi                                        4.  SK Sg Wangi
5. SK Telaga Nenas                                  5.  SK Simpang Empat

Cerita (L)                                                    Cerita (P)
1. SK Lekir                                                 1.  SK Convent
2. SK Seri Bayu                                         2.  SK Pang. TLDM
3. SK Seri Manjung                                    3. SK Seri Manjung
4. SK Seri Selamat                                    4. SK Seri Selamat
5. SK Sg Tiram                                           5. SK Seri Sitiawan

**  Keputusan hakim adalah muktamad